Hafizul Quran
Assalamualaikum semua
Harini Zai rasa macam nak kongsikan pengalaman Zai sebagai seorang
penghafal Al-quran. Zai mula menghafal waktu umur Zai 13 tahun which means dalam
tahun 2011 dan alhamdulillah diizinkan Allah untuk habiskan hafazan pada 2016.
Untuk menghafal, kita
kena jaga hubungan dengan Allah, manusia dan alam. Lakukan apa yang Allah suruh
dan tinggalkan apa yang dilarang, Sayangi ibu bapa dan jangan sesekali biadap
dengan diorang. Jangan pernah sakiti hati muallim dan muallimah. Ini kerana
redha dan keberkatan itu yang kita perlukan. Sentiasa berdoa kepada Allah. Doa,
doa dan doa supaya Allah bukakan dan lapangkan hati kita untuk hafaz dengan
baik serta mendalami isinya. Ok nanti Zai sambung yerr..
Zai pernah ingat
dulu, ada satu hari tu Zai memang tak boleh nak hafal. Satu ayat pon tak lekat dalam kepala Zai dari pagi
sampai malam. Dan malam tu jugak muallim Zai paksa Zai tasmik. Zai cakap yang
Zai tak boleh tasmik, Zai tak ingat hafazan Zai. Dan Muallim tinggikan
suara sikit. Dia tanya Zai… “ Zai…. Kenapa tak boleh tasmik ni? Zai…. Ada buat
salah dengan orang ka? Zai ada bergaduh denga orang ka? “ terus bercucuran air
mata keluar. Memang haritu Zai ada tak puas hati dengan kawan Zai. Zai gaduh
dengan dia sekejap.
Masa tu lah Zai rasa down. Zai rasa berat sangat hati. Tetapi Allah dah tiupkan semangat pada Zai untuk Zai teruskan perjuangan ni. Alhamdulillah.. terima kasih Allah. Inilah permainan hidup.. kadang down tapi jangan lupa cari diri balik. Heheheheh. Ini lah lumrah, belajar pun kadang kadang kita nangis sebab tak larat kan.. menangis lah, supaya esok kita akan mulakan dengan semangat yang baru.
Okey…. Zai share kan tips yang Zai selalu buat bila Zai down. First, korang ambil alquran and then dakap kuat kuat. Bagi Zai, bila Zai dakap peluk alquran macamtu, Zai akan rasa macam dibalas pelukan tu dan rasa macam dipujuk (ni apa yang Zai rasa la). Lepas tu Zai akan bermonolog dengan diri Zai sendiri. Zai akan pointkan dulu salah silap Zai.. ‘kenapa Zai buat macam ni ? kenapa Zai jadi malas macam ni ? kenapa Zai tak kuat’ dan segala jenis kenapa Zai akan tanya.. sampai Zai menangis. Kemudian, Zai slow slow akan pujuk diri Zai. Zai akan puji perkara baik yang Zai dah buat arini tu, Zai bagi kata kata semangat kat diri Zai. Sampailah Zai rasa ok dan semangat tu ada balik. Mungkin semua orang buat macamni, tapi try pulak buat sklai dengan peluk alquran. Best sangat sangat perasaan dia tu.
Rasa kenikmatan hafazan yang teramat kuat waktu tu. Zai tak boleh nak gambarkan macama mana perasaan Zai, memang tak boleh. Tapi kalau Zai ingat balik memori tu, Subhanallah masih terasa nikmat menghafal tu. Memang Zai nangis ingatkan segala perjuangan Zai untuk hafal alquran. Itu adalah Nikmat, Nikmat .. subhanallah… Zai bukan nak menunjuk ke apa, Cuma Zai nak korang rasai kenikmatan ni.. mungkin lagi power daripada apa yang Zai rasa. Subhanallah. Itu adalaah salah satu kenikmatan yang Zai akan simpan dan ingat sampai bila-bila. Dan Alhamdulillah dengan izin Allah, Zai telah habiskan hafazan Zai pada 21 januari 2016.

Comments
Post a Comment